Thursday 7 January 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ingin membincangkan tentang ubat anticoagulant iaitu plavix,mungkin ramai yang dah tau pasal ubat ni tapi saya ingin mengigatkan diri saya dan ingin mengemaskini sistem pemikiran saya hahahaha..

plavix

pengenalan :- 

 plavix adalah ubat dimana kegunaanya adalah untuk mencegah pembekuan darah yang tidak diinginkan,ubat ini biasanya digunakan setelah seseorang pesakit mengalami serangan jantung atau stroke

kesan sampingan :-

  • hidung berdarah atau lain-lain pendarahan yang sukar di hentikan
  • pendarahan di najis ataupun air kencing
  • batuk berdarah ataupun muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi
  • sakit dada,sakit merebak ke lengan atau bahu,loya,berpeluh 
  • badan terasa kebas secara tiba-tiba,atau lemah di sebelah badan
  • sakit kepala secara tiba-tiba,konfius,masalah penglihatan,percakapan dan keseimbangan badan\
  • kulit pucat,lemah,demam ataupun jaundis
  • mudah lebam dan mendapat pendarahan yang luar biasa  seperti di (hidung,mulut,faraj ataupun rektum)
  • dan terdapat bintik kecil unggu atau merah dibawah kulit
dosage :-

  • 75mg sehari sekali melalui pemberian oral
ubat yang tidak boleh diambil ketika mengambil plavix :-

  • cimitidine
  • fluoxitine
  • fluvoxamine
  • ticlopidine
  • fluconazole
  • ketoconazole
  • voriconazole
  • entravirine
  • felbamate
ni video penerangan plavix yang dipetik dari youtube :-


maaf jika maklumat yang saya share ni tak mencukupi jika ada sebarang yang perlu ditambah boleh lah comment kat bawah yup..
buah cempedak diluarpagar,ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru beajar kalau salah tolong tunjukkan..

:-)